Adiwarna

 

 

 

Selamat Datang Ke Website Adiwarna ... Jangan  Lupa Sign Guestbook ... Terima Kasih

 

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi melawat laman web saya ini.Laman web ini saya terbitkan pada awalnya pada tahun 2000 semata-mata untuk mengisi masa lapang di rumah.Pada waktu itu saya tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang cara pembinaan laman web ini.Saya hanya belajar secara sendiri di internet.Pada waktu bila saya berjaya publish website saya pertama kali ke dunia internet punyalah seronok walaupun hanya satu muka.Mulai saat itu minat saya makin mendalam terhadap pembinaan website ini dan website ini saya telah saya update kan dari masa ke masa dan banyak penambahbaikpulih yang saya lakukan.

 

Latar Belakang

 

Baiklah saya perkenalkan diri saya.Saya Adi b.Hj.Nordin.Lahir di Batu Melintang,Jeli dan dibesarkan di Kuala Krai,Kelantan.Saya anak sulung dari 2 orang adik beradik.Adik lelaki saya hanya muda 2 tahun dari saya dan kini sedang mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ipoh.Saya sebenarnya turut berjaya mendapat tawaran KPLI namun telah menolak tawaran tersebut dan kekal bertugas di Hospital Universiti Malaya.

 

Saya lepasan Ijazah dari Universiti Putra Malaysia (1997-2000).Saya pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Kuala Krai.Saya kekal kat sana sampai tingkatan 6 atas sebab peperiksaan SPM saya tidaklah baik sangat hanya mendapat 10 agregat sahaja.Tidak layak melanjutkan pelajaran memasuki maktab matrikulasi.Frust betul masa tu.

 

Ayah saya pesara dari Hospital Kuala Krai Kelantan manakala Mak saya masih berniaga Kedai Kain di Pasar Besar Kuala Krai.Boleh dianggapkan hidup kami sekeluarga sederhana sahaja.

 

Oh ya,saya pernah bekerja sebagai Pemandu Peribadi di Syarikat Petronas (Twin Tower,Tingkat 58) kepada seorang General Manager Kewangan Petronas (SAP) waktu itu.Kemudian berkerja juga sebagai Guru Sandaran sekolah menengah hampir 3 tahun sebelum menjadi fasilitator Khidmat Negara di beberapa buah kem PLKN di serata Malaysia hampir 3 tahun.Saya pernah dilantik sebagai KETUA JURULATIH di Kem PLKN Etnobotani,Gua Musang.Kemudian saya pernah juga bekerja di Syarikat RapidKL sebagai operator telefon khidmat pelanggan sebelum ditawarkan bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya sehingga kini.

 

Mmm...makanan dan minuman yer.Okay saya minat sangat dengan kopi susu tapi sejak kena gastrik ni dah kena kurangkan minuman tersebut.Makanan yang saya suka pula ikan kakap masak masam manis dengan kulat goreng.Laparlah pulak.Hehheh...

 

Oh ya saya pengemar dan amat sukakan haiwan peliharaan.Saya suka pelihara ikan,hamster dan kucing.Tapi sekarang minat saya begitu kuat pada kucing.Manja sangat kot.

 

Ok.... itu jer... saya harap semua pengunjung laman web ini dapat banyak manfaat dari website saya ni.Kalau ada apa-apa cadangan sila email pada saya di email ardinet@yahoo.com

 

Terima Kasih

 

ADIWARNA WEBMASTER

JUN 2007

 

Terima Kasih Dan Jangan Lupa Isi Buku Tetamu Saya.Saya Amat Hargainya.

PILIHAN 1
Petua
Tips
Khasiat
Nasihat

PILIHAN 2
Ramalan
Rahsia
Perwatakan
Personaliti

PILIHAN 3
Jenaka

Warna
Album

Impianku

PILIHAN 4
E-Mail
Buku Tetamu